Sesi 5 Pengenalan kepada Shopee (Kursus ToT Siri 2/2020 PeDAS)
8 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniShopee adalah platform e-dagang yang ibu pejabatnya terletak di Sea Group (sebelumnya dikenali sebagai Garena), Singapura yang merupakan syarikat internet global yang ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Forrest Li. Shopee pertama kali dilancarkan di Singapura pada tahun 2015, dan sejak itu Shopee memperluaskan jangkauannya ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam, Filipina, dan Brazil. Ia melayani pengguna di Asia Tenggara dan Taiwan untuk membeli dan menjual produk secara dalam talian. Shopee menyajikan rangkaian produk yang luas, komuniti sosial untuk penerokaan, dan perkhidmatan yang lancar dan memuaskan. Oleh kerana elemen dan konsep mudah alih dan sosial yang dibangunkan di platform ini, Shopee digambarkan sebagai salah satu daripada "5 permulaan e-dagang yang terbaik pada tahun 2015.
Atas dasar kerajaan untuk membantu para usahawan untuk bergiat aktif dalam perniagaan secara dalam talian, seramai 45 orang staf Pusat Internet dan PID dari seluruh pelusuk negeri di Malaysia telah menyertai kursus ToT Siri 2/2020 PeDAS untuk menjadi pelatih yang bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang pada hari Jumaat, 7 Ogos 2020 yang lalu bagi mempelajari segala ilmu asas dalam platform Shopee untuk disampaikan kepada usahawan di sekitar mereka. Kursus ini melibatkan staf-staf Pusat Internet yang telah berjaya dipilih selepas sesi presreening oleh pihak Mdec. Kursus ini dijalankan melalui aplikasi Zoom Meeting bersama dengan Coach Zul dan juga staf Pusat Internet serta Pusat Internet Desa (PID) di Pusat Internet masing-masing.
Sesi pada kali ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada semua staf yang terpilih bagi program Perkhidmatan eDagang setempat atau dikenali dengan PeDAS dengan penerangan secara terperinci berkaitan dengan topik pengenalan kepada asas perniagaan dalam talian menggunakan platform Shopee serta bagaimana untuk memulakan penjualan di dalam Shopee. Latihan pada kali ini telah disampaikan oleh Encik Kevin dari Shopee Uni Webinar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: